Posts

Showing posts from 2018

Panduan Asas Membeli Rumah

Image
Pembelian sesebuah rumah adalah satu pegangan aset yang sangat berharga. Tidak kiralah samada rumah itu adalah rumah pelaburan atau rumah untuk didiami, samada rumah baru atau rumah subsale, samada apartment atau banglo, ianya tetap satu aset yang mempunyai nilai yang sangat berharga. Pembeli akan merasa sangat puas apabila berjaya memiliki aset ini. Tapi, sudah bersediakah anda untuk membeli rumah? Awas, persediaan membeli rumah bukan sekadar persediaan kewangan sahaja, malah memerlukan ilmu pengetahuan hartanah agar anda dapat membuat pilihan yang bijak dan tidak terjerat dengan perangkap-perangkap yang ada. Berikut kandungan-kandungan entri saya: Tujuan Membeli Rumah Jenis-jenis Hak Milik Tanah Kos-kos Terlibat Ketika Belian Rumah Prosedur Membeli Rumah 1) Tujuan Membeli Rumah Anda pernah tanya diri sendiri kenapa anda nak beli rumah? Atau anda sekadar mengikut-ikut orang lain yang telah membeli rumah. Jangan begitu, kerana lain orang, lain kehendak dan keperluannya. ...